Perutusan Pengarah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mesej Tahun Baru buat Warga HSAH


Tahun Baru 2016 telahpun bermula, dan kini tiba masanya untuk kita bermuhasabah dan menilai prestasi kita pada tahun 2015 dan tahun-tahun sebelumnya.


Kita perlu menilai sejauh mana matlamat dan sasaran kita sebenarnya telah tercapai dan direalisasikan, mengenalpasti di manakah kita menghadapi kekurangan dan masalah; dan menggunakan hasil input-input ini ke dalam langkah-langkah dasar, program-program kerja dan pelan-pelan tindakan. Dalam mengorak langkah ke hadapan, kita mesti belajar di mana kita berada pada masa lalu dan memahami di mana kita berada pada masa ini.


Piagam Pelanggan wajar terus dijadikan asas panduan; dan seharusnya kita mendapatkan inpirasi dan motivasi melalui penghayatan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu sebuah negara yang bekerjasama untuk kesihatan yang lebih baik, serta melalui misi kita untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berpatutan, mudah diakses, saksama dan berkualiti.


Warga HSAH perlu terus menunjukkan dedikasi masing-masing dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan penjagaan kesihatan; baik daripada perubatan pencegahan sehinggalah ke penjagaan paliatif. Kita memerlukan penglibatan yang lebih baik, kemahiran insaniah dan 'human touch' dalam menyediakan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.


Adalah diharapkan bahawa kita semua selaku Warga HSAH dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan diri untuk berkhidmat dengan lebih baik demi negara dan rakyat kita.


Selamat bertugas kepada semua, dan semoga segala usahah bakti kita diberkati oleh Allah SWT.


Dr. Zainal Bin Hj Che Mee

Pengarah HSAH

Mengenai HSAH