Latar Belakang


HOSPITAL SUNGAI PETANI 1920-2006

Pada tahun 1920 Hospital Sungai Petani dikenali sebagai "Rumah Sakit Sungai Petani" dan diketuai oleh Dr. Richard Brunel Hawes dari England. Ia lebih dikenali sebagai "Medical Officer Central Kedah" (MOCK) yang pertama. Rumah sakit ini dikelilingi oleh kawasan estet getah dan hutan yang terdapat binatang liar.

Pada tahun 1942 (zaman penjajahan Jepun) "Rumah Sakit Jiwa Sungai Petani" telah dipindahkan oleh pihak Jepun ke "Bedong Group Estate" di Bedong kerana "Rumah Sakit Sungai Petani" digunakan sebagai Kem Jepun. Selepas pihak Inggeris mengambil alih Tanah Melayu, "Rumah Sakit Sungai Petani" dipindahkan semula ke tempat asal dan ditukar nama kepada Hospital Daerah Sungai Petani.

HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

Hospital Sultan Abdul Halim telah dibina pada tahun 2002 dengan kapasiti 498 buah katil. Ia mula beroperasi pada 4 Januari 2007 dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 November 2007. Hospital ini terletak di Bandar Amanjaya, lebih kurang 10 kilometer dari Pusat Bandar Sungai Petani. Kini jumlah katil telah bertambah kepada 550 buah disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di Daerah Kuala Muda dan kawasan sekitarnya.