Farmasi


1.UBAT MELALUI TELEFON DAN AMBIL


Definisi
Perkhidmatan mengambil ubat susulan dengan menggunakan Telefon dan Ambil telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna/pesakit dan secara tidak langsung akan mengurangkan masa menunggu untuk mengambil ubat.

Perkhidmatan ini adalah hanya untuk pesakit yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan hanya kepada semua preskripsi ulangan yang sah sahaja. Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk menyertai perkhidmatan pengambilan ubat susulan di HSAH.

Maklumat diperlukan :
• Nama Pesakit
• Nombor pendaftaran hospital contoh: (SPxxxxxxxx)
• Jenis klinik ubat yang hendak diambil (MOPD/SOPD/ENT/ORTHO dan lain-lain)
• Tarikh dan masa ubat yang akan diambil
• Cara pengambilan (Farmasi Pandu Lalu atau Kaunter 2)

TEL: 04- 448 0116
Panggilan boleh dibuat sehari lebih awal sebelum pengambilan ubat dibuat.

Waktu Talian Dibuka:
AHAD-RABU 8.00 PG - 12.30PTG
2.00 PTG -4.00 PTG
KHAMIS 8.00 PG - 12.30 PTG

(tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan hari pelepasan am)

Waktu Pengambilan Ubat:

Kaunter Pandu Lalu
AHAD-RABU 8.30 PG - 10.30 PG
2.30 PTG -3.30 PTG
KHAMIS 8.30 PG - 10.30 PG

KAUNTER 2 (waktu Pejabat) / 10 (selepas waktu pejabat)
SEPANJANG MASA



2.FARMASI PANDU LALU

Definisi
1. Mengurangkan masa menunggu pesakit
2. Menyediakan kaunter farmasi yang lebih mudah dikunjungi
3. Meringankan kesusahan mencari tempat letak kenderaan seterusnya menjimatkan masa pesakit

Kriteria
Preskripsi ubat melebihi 2 bulan.
Sekurang-kurangnya 4 jenis ubat.
Bersetuju mematuhi peraturan.

WAKTU OPERASI:
AHAD-RABU 8.30 PG - 12.30PTG
2.00 PTG -4.00 PTG
KHAMIS 8.30 PG - 12.30 PTG
2.00 PTG -3.00 PTG
(tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan hari pelepasan am)

Cara Mendaftar
• Daftar kali pertama di kaunter Farmasi Pandu Lalu
• Pastikan dapat No. DT_ _ . (cth: DT123)
• Ambil ubat kali pertama selepas jumpa Doktor di kaunter Farmasi Pesakit Luar.
• Ubat susulan/bulan seterusnya sila ambil di kaunter ‘Drive thru’.
• Sila bawa buku/kad temujanji dan patuhi tarikh temujanji.
• Pesakit yang membawa kenderaan akan dilayan terlebih dahulu.

Sebarang masalah/ pertanyaan sila hubungi 04-4457333 (Kami sedia membantu)


3.UBAT MELALUI POS (UMP)

Definasi
Merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui Pos Laju ke lokasi pilihan anda seluruh Malaysia.
Perkhidmatan UMP boleh diperolehi di semua Hospital Utama negeri seluruh Malaysia.

Kriteria UMP
• Pesakit Patuh dan faham terapi pengubatan dan cara pengambilan ubat.
• Hanya jenis TABLET/KAPSUL yang boleh dipos.
• Bukan jenis ubat psikotropik.
• Ubat yg tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan.
• Preskripsi tidak melebihi 1 klinik.
• Hanya untuk ubat susulan.
• Bekalan ubat kali pertama diambil di kaunter farmasi setiap kali selepas berjumpa dengan doktor.

Kadar UMP
Semenanjung Malaysia : RM 5.30
Sabah/Sarawak : RM 8.48
(*caj termasuk 6% SST)
**Pembayaran dibuat secara TUNAI kepada wakil PosLaju sebaik sahaja ubat diterima melalui Pos.**

Cara Mendaftar UMP
Pergi ke kaunter Farmasi, Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan UMP.
Daftarkan diri anda jika anda memahami dan dapat menepati terma dan syarat yang ditetapkan.
Sebarang masalah/ pertanyaan sila hubungi 04-4457333 (Kami sedia membantu)


4.MOBILE PHARM-MEDS (MPM)

Definasi
Merupakan salah satu perkhidmatan terbaru di Farmasi yang mana pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat susulan di luar fasiliti Hospital iaitu di Pasaraya Mydin, Pasaraya Giant dan Menara MPSPK, mengikut pada masa yang telah ditetapkan.

Kriteria
• Preskripsi ubat melebihi 2 bulan.
• Bukan jenis Ubat Psikotropik
• Sekurang-kurangnya 4 jenis ubat.
• Bersetuju mematuhi peraturan.
• Preskripsi tidak melebihi 1 klinik.

Waktu operasi
Masa : 2.30 petang-4.30 petang

Pesakit boleh memilih lokasi di luar Hospital Sultan Abdul Halim untuk mengambil ubat susulan mengikut hari yang telah ditetapkan iaitu di :
-MYDIN Cawangan Taman Batik (Setiap ISNIN)
-Menara MPSPK (Setiap RABU)
-TF Value Mart (Setiap SELASA)

Cara Mendaftar MPM
Pergi ke kaunter Farmasi, Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan MPM.
Daftarkan diri anda jika anda memahami dan dapat menepati terma dan syarat yang ditetapkan
Pesakit hanya boleh memilih satu lokasi yang terlibat sahaja untuk mengambil ubat susulan.
Sebarang masalah/ pertanyaan sila hubungi 04-4457333 (Kami sedia membantu)


5.UBAT MELALUI LOCKER (PHARM-CUBE)

Definasi
Merupakan salah satu perkhidmatan terbaru di Farmasi di mana ubat susulan akan disediakan dan disimpan di dalam locker layan diri dan pesakit boleh mengambil ubat tersebut mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Kriteria
• Preskripsi ubat melebihi 2 bulan
• Preskripsi dari satu klinik sahaja
• Sekurang-kurangnya 2 jenis ubat
• Ubat jenis tablet/kapsul sahaja.
• Bukan ubat jenis ”fridge item”
• Bukan ubat jenis psikotropik
• Bersetuju mematuhi peraturan.

Waktu operasi
24 Jam

Cara Mendaftar Pharm-Cube
Daftarkan diri anda jika anda memahami dan dapat menepati terma dan syarat yang ditetapkan.
Sebarang masalah/ pertanyaan sila hubungi 04-4457333 (Kami sedia membantu)

Lihat Video tentang Perkhidmatan Tambah Nilai di sini