Pengimejan Diagnostik


Memberi perkhidmatan sokongan kepada pesakit-pesakit dari Wad, Klinik Kesihatan Bandar, Pusat Kesihatan, Hospital Angkatan Tentera dan klinik-klinik swasta di Daerah Kuala Muda. Di samping menyediakan perkhidmatan khidmat runding, jabatan ini juga adalah pusat rujukan bagi Hospital-Hospital Kulim, Baling,Sik dan Yan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

  • Semua jenis X-Ray Am
  • X-Ray berkontras
  • Fluroskopi
  • Ultrasound
  • Prosedur Interventional
  • CT Scan
  • Mammografi