Rehabilitasi


Terbahagi kepada dua Unit iaitu Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.

Fisioterapi

Menyediakan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit luar dan pesakit dalam wad yang dirujuk dari pelbagai disiplin. Bahagian pesakit luar dibahagikan kepada gimnasium, elektroterapi, terapi tangan, kesihatan wanita, hidroterapi, fototerapi, pediatrik dan pendidikan pesakit. Bagi pesakit dalam wad, perkhidmatan fisioterapi disediakan kepada kes-kes yang dirujuk oleh semua disiplin wad. Perkhidmatan secara panggilan berjadual juga disediakan bagi Unit Rawatan Rapi dan High Dependency Wad (HDW) pada hari kelepasan am, jumaat dan sabtu.

Pemulihan Cara Kerja

Menyediakan rawatan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari Klinik Pakar dan Hospital/ Institusi kerajaan yang lain. Matlamat rawatan pemulihan di unit ini adalah bagi memaksimumkan keupayaan dan tahap keberdikarian (independency) pesakit di dalam aktiviti harian (ADL), aktiviti leisure, mengembalikan pesakit ke tempat kerja (return to work) dan mengembalikan pesakit ke dalam komuniti seoptimum yang mungkin. Perkhidmatan ini merangkumi pemulihan musculoskeletal, pediatric, orthopedic, medical, kardio, neurology, melecur/terbakar, amputasi, neonatal, pemanduan (driving), pemulihan dalam komuniti dan sebagainya.