Electronic Hospital Information System (e-HIS)


Hospital Sultan Abdul Halim merupakan salah sebuah hospital di Malaysia yang mengimplementasikan Total Hospital Information System (e-HIS). Sistem ini ini telah dilancarkan secara berperingkat mengikut modul bermula 1 Mac 2008. Antara modul yang terdapat di dalam e-HIS ini ialah :


1. Patient Management System (PMS)
2. Medical Record (MR)
3. Clinician Access(CA) Module
4. Billing And Account Receivable System
5. Laboratory Information System (LIS)
6. Pharmacy Information System (PhIS)
7. Radiology Information System (RIS)
8. Mortuary Management System
9. OT Management System (OTMS)
10. Nurse Management System
11. Dietary Management System
12. Central Sterile Supply Department (CSSD)
13. Picture Archiving & Communication System (PACS)
14. Electro Cardiogram Management System
15. Critical Care Information System (CCIS)
16. Operating Theatre Critical Care Information System (OT CCIS)

 

Antara faedah mengimplementasikan e-HIS di Hospital Sultan Abdul Halim ialah :


1. Perkongsian data dan informasi di kalangan pakar dan doktor.
2. Terdapat proses kerja yang boleh diautomasikan.
3. Kemudahan penjadualan temujanji secara elektronik.
4. Dokumentasi klinikal direkodkan secara elektronik, memudahkan pencarian rekod pesakit seperti maklumat alahan, diagnosis penyakit terdahulu dsb.
5. Pendaftaran pesakit dan pembayaran bil yang lebih mudah. Setiap ujian/ubat, kos bayaran wad dsb boleh dikira secara automatik oleh sistem.
6. Imej radiologi yang dihasilkan secara digital telah mewujudkan persekitaran tanpa filem (filmless) di Jabatan Pengimejan Diagnostik.
7. Tempahan ubat, x-ray, ujian makmal, bilik pembedahan dsb yang dilakukan secara elektronik dan telah memudahkan pengguna berbanding sistem manual yang menggunakan pelbagai jenis borang.

e-HIS