Diari HSAH : Kursus Tips Penghasilan Sijil dan Surat Jemputan
Posted by hsah on 2/4/2015 (3339 reads)

UNIT IT 26 Mac 2015 - Seramai 48 orang warga HSAH telah menghadiri Kursus Tips Penghasilan Sijil dan Surat Jemputan anjuran Unit IT. Kursus ini diadakan sebanyak 3 sesi, bermula 23 - 26 Mac 2015. Setiap sesi adalah peserta yang berlainan.

Para peserta didedahkan dengan teknik mudah membuat sijil dan pelbagai kad @ surat jemputan seperti sijil kehadiran kursus, surat jemputan rasmi, kad jemputan majlis. Teknik ini menggunakan kaedah mailmerge melalui perisian Ms. Word. Di akhir kursus ini, diharapkan dapat membantu para peserta menggunakan perisian MS Word dengan betul dan mudah bagi menghasilkan sijil dan surat jemputan mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri.