Latar Belakang

Pada tahun 1920, Hospital Sungai Petani dikenali sebagai Rumah Sakit Sungai Petani dan diketuai oleh Dr. Richard Brunel Hawes dari England. Ia lebih dikenali sebagai Medical Officer Central Kedah (MOCK) yang pertama. Rumah sakit ini dikelilingi oleh kawasan estet getah dan hutan yang terdapat binatang liar.Tahun 1974 Perkhidmatan kepakaran di hospital ini telah dimulakan pada tahun 1974 dengan kepakaran Perbidanan & Sakit Puan serta Perubatan Am.Pada tahun 1942 (zaman penjajahan Jepun), Rumah Sakit Sungai Petani telah dipindahkan oleh pihak Jepun ke Bedong Group Estate di Bedong kerana Rumah Sakit Sungai Petani digunakan sebagai Kem Jepun. Selepas pihak Inggeris mengambil alih Tanah Melayu, Rumah Sakit Sungai Petani dipindahkan semula ke tempat asal dan ditukar nama kepada Hospital Daerah Sungai Petani. Ia terletak di kawasan seluas 36 ekar dan mempunyai 396 katil.Pada permulaannya hospital ini tidak mempunyai perkhidmatan pakar.


Hospital Sultan Abdul Halim telah dibina pada tahun 2002 dengan kapasiti 498 buah katil. Ia mula beroperasi pada 4 Januari 2007 dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 November 2007. Hospital ini terletak di Bandar Amanjaya, lebih kurang 10 kilometer dari Pusat Bandar Sungai Petani. Kini jumlah katil telah bertambah kepada 900 buah disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di Daerah Kuala Muda dan kawasan sekitarnya. Hospital ini menyediakan 11 perkhidmatan kepakaran iaitu Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik & Ginekologi, Ortopedik, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Pengimejan & Diagnostik, Patologi, Pediatrik dan Psikiatri dan Kesihatan Mental.